Logo
mimmo
2 yr. ago
Cara nak menaikkan jualan tidak semestinya mesti viral. Bahkan viral tidak bagus untuk kebanyakan perniagaan kecil.

BUKA MINDA KEUSAHAWANAN ANDA

Usahawan jutawan atau bilioner di dunia bukan hanya Jeff Bezos, Elon Musk dan Bill Gates sahaja.

Nama-nama ini mungkin, secara tidak langsung boleh dikaitkan juga dengan elemen viral bagi kejayaan perniagaan mereka.

Tetapi jangan lupa, ada beribu lagi usahawan jutawan dan bilioner yang tidak terkenal dan tidak berkaitan dengan viral di dalam kisah dan sejarah pembangunan perniagaan mereka.

Secara tidak langsung, ini memberi maksud, viral bukanlah segalanya.

Jika anda mengatakan bahawa itu zaman lain, anda harus ketahui juga bahawa malah di zaman ini, perkara yang serupa terus berulang - banyak sahaja perniagaan yang membangun dan berkembang tanpa viral.
mimmo
JIKA ANDA BOLEH MEMILIH, BAGAIMANAKAH KADAR PENINGKATAN JUALAN YANG ANDA INGINKAN?

Anda suka kenaikan mendadak seperti akibat viral?

Atau, secara beranjak-anjak?

Anda harus sedar bahawa kenaikan mendadak seperti kesan viral mungkin akan menghukum perniagaan anda semula akibat Customer Experience yang negatif.

Kenaikan secara beranjak-anjak pula mungkin perlahan tetapi ada konsistensi dan kebanyakannya berada di dalam keadaan terurus dan dijangka.

Apabila boleh dijangka, maka lebih mudah untuk diurus.
2 yr. ago
In response mimmo to his Publication

No replys yet!

It seems that this publication does not yet have any comments. In order to respond to this publication from mimmo , click on at the bottom under it