Logo
mimmo
2 yr. ago
Cara nak menaikkan jualan tidak semestinya mesti viral. Bahkan viral tidak bagus untuk kebanyakan perniagaan kecil.

BUKA MINDA KEUSAHAWANAN ANDA

Usahawan jutawan atau bilioner di dunia bukan hanya Jeff Bezos, Elon Musk dan Bill Gates sahaja.

Nama-nama ini mungkin, secara tidak langsung boleh dikaitkan juga dengan elemen viral bagi kejayaan perniagaan mereka.

Tetapi jangan lupa, ada beribu lagi usahawan jutawan dan bilioner yang tidak terkenal dan tidak berkaitan dengan viral di dalam kisah dan sejarah pembangunan perniagaan mereka.

Secara tidak langsung, ini memberi maksud, viral bukanlah segalanya.

Jika anda mengatakan bahawa itu zaman lain, anda harus ketahui juga bahawa malah di zaman ini, perkara yang serupa terus berulang - banyak sahaja perniagaan yang membangun dan berkembang tanpa viral.
mimmo
ADAKAH VIRAL BAIK UNTUK BISNES KECIL ANDA?

Di dalam kebanyakan situasi, viral adalah tidak baik untuk perniagaan kecil.

Kenapa viral tidak bagus?

Masalah bagi perniagaan kecil umumnya adalah had kemampuan dan punyai pelbagai kelompongan.

Sebagai contoh: Satu gerai mungkin mempunyai seorang pekerja sahaja. Apabila diserbu akibat viral, tidakkah akan terkangkang-kangkang pekerja tersebut cuba untuk melayan pelanggan yang terlalu ramai untuk dilayan oleh seorang pelayan.

Kesannya adalah negatif kepada Customer Experience.

Apabila Customer Experience negatif, maka potensi untuk kemajuan ke depan perniagaan kecil tersebut akan terganggu.
2 yr. ago
In response mimmo to his Publication

No replys yet!

It seems that this publication does not yet have any comments. In order to respond to this publication from mimmo , click on at the bottom under it