Logo
mimmo
APA YANG PERLU ANDA FAHAMI TENTANG RESMI NAGA?

Pastinya naga tidak akan membunuh anda... Walaupun kalau benar naga itu wujud.

Membunuh bukanlah resmi naga.

Naga hanya akan membunuh apabila anda mengancam kewujudannya di sesuatu lokasi.

Ikuti perbincangan minda berdasarkan pengalaman kehidupan di 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan zaman millenia.

Nyatakan minat anda dengan topik ini dengan memberikan like dan komen jika anda ingin kami menumpukan kepada mana-mana isu terlebih dahulu (untuk memberi komen, anda perlu menjadi follower penulis terlebih dahulu).
3 yr. ago
Only followers of (mimmo) can respond to this publication
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Pelajaran daripada jaringan perisikan atau operatif Jepun di Terengganu, Pearl Harbour dan lain-lain tempat ketika Perang Dunia Kedua (WWII), sedikit sebanyak memberi 'hints' apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, sama ada keliling yang jauh mahupun keliling yang dekat.
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Satu contoh naga sedang beraksi membelit pada peringkat global adalah BRR (Belt Ring Road) yang merangkumi gerakan ke Asia Tengah, Asia Selatan & Asia Tenggara.
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Pada hari ini sukar sekali untuk anda melihat naga di bumi. Jarang-jarang sahaja anda akan terlihat naga di bumi.

Kebanyakan naga sudah berada di hulu sungai yang airnya jernih, manis dan sejuk.

Manusia pula kebanyakannya berada di kuala sungai yang airnya merah berlumpur, panas, beramai-ramai berlumba dan berbunuhan di antara satu sama lain untuk kelangsungan hidup merebut sisa dari hulu.

Jika tidak di hulu sungai, naga sudah berada di langit. Sang naga tinggal di hampir setiap lapisan langit daripada lapisan yang paling rendah hinggalah yang ke atas.

Tinggallah manusia bertempur di dalam RED OCEAN.
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Namun, tiada apa perlu disedihkan kerana manusia sendiri memilih untuk terus berada di dalam RED OCEAN.
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Kadangkala anda akan terbelit lebih ketat oleh kerana anda meronta-ronta.

Apabila berlaku sebegini, sang naga bersedia membantu anda.

Hanya serahkan dekri kediaman atau sawah anda kepada sang naga dan sang naga akan membantu anda.

Baik sungguh sang naga.

Sang naga akan terus membelit. Lebih meluas hari demi hari.

Anda tidak akan terasa. Anda masih hidup seperti biasa dan beranak pinak seperti biasa.
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Naga tidak akan membunuh melainkan anda mengganggu sarangnya atau tempat kesukaannya.

Prinsip naga di dalam situasi sebegini adalah - Ratakan taugeh sebelum menjadi pokok.

Maka, sebelum anda tumbuh, anda akan dibunuh.

Jika anda takut dibunuh naga, jangan mengganggu sarang naga. Hanya biarkan diri anda dibelit naga selama-lamanya.
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Sang naga dahulukala wujud di kampung atau pekan-pekan kecil.

Semua orang kampung akan mengunjungi sang naga. Malah amat menyenangi sang naga.

Segala keperluan untuk kehidupan orang kampung dipenuhi oleh sang naga.

Bukan orang kampung tidak mampu untuk memenuhi segala keperluan mereka sendiri tetapi semua orang kampung telah dibelit oleh sang naga.

Naga tidak akan membunuh anda. Ingat!
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Naga bersifat membelit mangsanya.

Tetapi bukan untuk membunuh mangsanya.

Naga membelit untuk memaksa mangsanya membuat 'submission' iaitu penyerahan diri.

Anda tidak akan dibunuh oleh naga sebegitu sahaja.

Bodohlah naga jika membunuh anda. Apatah lagi sang naga amat menyukai tempatnya sekarang.
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Sifat naga layaknya hanyalah seperti kucing setelah dapat menangkap tikus.

Tikus tersebut akan dibiarkan hidup dan menjadi alat permainan.

Cuma, naga lebih kejam berbanding kucing.

Naga menghisap darah mangsanya seperti drakula.

Berbeza dengan drakula, naga tidak membunuh mangsanya.

Mangsanya tetap akan diberi makan dan minum agar terus mampu menghasilkan darah segar untuk dituai setiap hari.

Naga suka melakukan 'blood-farming'
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Topik naga tidak akan membunuh ini adalah lanjutan daripada pelbagai penulisan yang telah dinukilkan oleh beberapa penulis semenjak beberapa dekad lalu.

Penulisan ini adalah untuk merumuskan tentang kebenaran kata-kata yang pernah ditulis semenjak tahun 60-an dahulu.

Tulisan berdekad-dekad lalu ternyata benar.