Logo
mimmo
Apa yang anda patut tahu tentang SIFAT IKONIK KHAIRUL AMING.

Jangan membuang masa cuba untuk menjadi seperti beliau.

Khairul Aming hanya ada satu. Tiada 2 dan 3.

Khairul Aming adalah satu jenama.

Khairul Aming adalah satu Personal Brand.

Sambal Nyet pula adalah sub-brand kepada jenama Khairul Aming. Khairul Aming & Sambal Nyet adalah 'kembar'.

Tetapi ada beberapa kaedah yang mungkin berguna untuk anda sebagai sebuah entiti bisnes. Apa-apa pun, anda jangan lupa, anda tetap tidak akan menjadi seperti Khairul Aming.

#KhairulAming #Mimmotology #PersonalBrand
3 yr. ago
Only followers of (mimmo) can respond to this publication
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Produk Alif Syukri juga dibina berdasarkan personal brand Alif Syukri.

Setakat ini, secara teorinya, produk Alif Syukri tidak akan mampu menembusi pasaran luar waima pasaran Indonesia.

Melainkan 'karakter' dan 'culture' pasaran Indonesia sama seperti Malaysia.

Kami rasa tidak mungkin sama.

Maka, selagi tidak sama, kita tidak akan mendengar kejayaan produk Alif Syukri di Indonesia.

Begitu juga produk Sambal Nyet.

Kemungkinan besarnya, Sambal Nyet sukar untuk berjaya di Indonesia.

Pendapat ini mungkin salah tetapi wajib diperhatikan sebagai proses pembelajaran.
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Jenama Khairul Aming dan Sambal Nyet mempunyai had.

Logiknya, 'success probability' bagi jenama Khairul Aming jika menjual bolasepak atau pemukul baseball akan menjadi zero mengikut hukum konvensional.
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Jenama Peribadi terdedah kepada risiko teramat besar berbanding jenama korporat.

Satu kesilapan kecil, akibatnya adalah 'disaster'.

Contoh terbaik, adalah jenama Ebit Liew. Lihat juga jenama Sajad. Walaupun anda mungkin menganggap itu bukan jenama, hakikatnya ia adalah jenama peribadi.

Cukup dengan hanya satu kesilapan, jenama peribadi akan hancur berkecai.

Kerana itu, jika anda mempunyai visi yang jauh, elakkan fokus kepada membina jenama peribadi.

#JenamaPeribadi #JenamaKorporat
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Personal Brand - generasi hari ini ramai yang cenderung ke arah membangunkan jenama peribadi.

Ini mungkin didorong oleh 'proliferation' dan social media prowess pada hari ini.

Bagi orang bisnes, satu pesanan; kita hampir tidak pernah mendengar nama pemilik Tesco, Coach, F&N dan sebagainya.

Ya, ini kerana mereka tidak membina jenama peribadi tetapi sebaliknya jenama global atau jenama korporat mereka.

#PersonalBrand #JenamaGlobal #JenamaKorporat
mimmo
3 yr. ago
In response mimmo to his Publication
Perbincangan ini akan diperkembangkan sejauh mungkin berdasarkan minat pembaca. Sila like atau komen (sila follow penulis dahulu untuk memberikan komen) sebagai tanda minat anda terhadap topik ini